Nama |
: Nor Munawarah Binti Jamaludin |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 2012 |
Latar belakang
Noor Munawarah merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Merupakan anak peneroka Felda Tersang 3 yang memulakan perniagaan Bongkah cendawan beliau pada awal Tahun 2018. Merupakan ahli Pusat internet sejak tahun 2012 dan sering datang ke Pusat Internet untuk belajar mengenai ICT dan mengikuti program-program yang diadakan oleh Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau seorang yang hanya mengetahui asas di dalam penggunaan computer sahaja tidak lebih daripada itu. Ini kerana kebanyak beliau hanya menggunakan Media Baru melalui Gadget Telefon semata-mata. Dari melihat berita sehinggalah pencarian maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Tersang 3 beliau telah dapat menggunakan computer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian computer dengan lebih meluas. Beliau juga telah banyak mempelajari teknik-teknik mengambil gambar Produk yang betul, serta mempelajari editing Gambar. Kini beliau lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang di adakan oleh pihak Pusat Internet Felda Tersang 3. Baginya penggunaan Internet dapat memudahkan beliau meningkatkan hasil jualan di Internet dah menjana lebih pendapatan melalui jualan cendawan bongkah.
Nama |
: Nor Azura Binti Abdul Rahman |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2010 |
Latar belakang
Usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu maruku sejak awal tahun 2018 hingga sekarang. Nor Azura merupakan anak Peneroka Felda Tersang 3. Anak ke-5 dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan di SK Felda Tersang 3 dan SMK Tersang. dan melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Ijazah. Semangat ingin memajukan diri serta membantu keluarga menjadikan beliau untuk menceburi bidang perniagaan maruku ini. Bekerja sambil membuat Part time adalah jalan pertama yang beliau ambil dalam menceburi bidang perniagaan maruku ini. Bermula dengan jualan sambilan, kini Nor Azura telah mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu “Maruku Crunchy”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 – 2000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 3, serta penggunaan akuan facebook sendiri, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil produk beliau. Pada permulaan pelanggan beliau sekitar penduduk setempat iaitu Felda Tersang sahaja kini pasaran maruku telah menembusi pasaran luar sekitar Selangor, perak dan beberapa negeri lain.. Pendapatan beliau kini mencecah RM500 hingga RM 1000 sebulan.
Nama |
: Wan Norhafizah Binti Wan Harun |
Umur |
: 31 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak, memulakan perniagaan bersama abang dan kakak ipar pada tahun 2016 secara kecil-kecilan. Menjalankan perniagaan selipar dan kasut bermula pada tahun 2016 sehingga sekarang, di bawah Syarikat WN Enterprise.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300 – 500 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 3, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau hanya di Felda Tersang. pendapatan beliau kini menjadi 1000-3000 sebulan.Beiau juga mempunyai kedai sendiri dan menjual barangan di pasar malam.
Nama |
: Mat Yasin Bin Wahab |
Umur |
: 40 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu cendawan tiram kelabu segar produk berasaskan cendawan pekasam,khidmat nasihat, bimbingan dan rundingan berasaskan cendawan tiram kelabu. Bermula pada awal tahun 2016 hingga sekarang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 700 – 1000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 3, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau hanya di Felda Tersang. pendapatan beliau kini menjadi 1000-4000 sebulan. Beiau juga mempunyai kedai sendiri dan menjual barangan di pasar malam.
Nama |
: Siti Khodijah Binti Awang Mat Jusi |
Umur |
: 30 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Siti Khodijah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang anak. Memulakan perniagaan pada awal tahun 2016 dengan menjalankan perniagaan dan belajar homemade perkasam daging melalui resepi turun-temurun ibu mertua beliau. Antara pengalaman yang beliau belajar selama 2 tahun, beliau telah belajar mengenai Pembungkusan,kebersihan dan marketing perniagaan.Kini beliau mempunyai 50 agent di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 – 3000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 3, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari penduduk setempat iaitu Felda Tersang dan kawasan luar iaitu Kuala Lumpur yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau kini mencecah RM5000 hingga RM 10,000 sebulan.