Nama

: Khairul Abdul Halim Bin Ahmad

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

En Khairul Abdul Halim berusia 37 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Felda Tersang 3. Beliau menjalankan perniagaan Cosmetic iaitu produk Karisma Cosmetic sejak tahun 2018. Bermula dengan sekadar untuk suka-suka dan menjaga penampilan diri, En Khairul Abdul Halim akhirnya menjadikan produk Cosmetic yang beliau gunakan sebagai salah satu sumber kewangan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Khairul Abdul Halim bermula sebagai Agen Perniagaan produk Karisma Cosmatic bermula tahun 2019. Beliau yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini hanya ingin mencuba dengan modal yang amat minima dan tiada pengalaman dalam bidang perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila mendaftarkan diri di Pusat Internet Komuniti Felda Tersang 3, beliau diperkenalkan dengan latihan-latihan keusahawanan dimana telah membuka mata untuk mengembangkan dan serius dalam bidang perniagaan. Beliau diajar cara pemasaran online, membuat kira-kira, dan pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaannya. Bermodalkan sedikit wang pada permulaan perniagaannya, kini beliau telah mengembangkan perniagaan nya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

 

                           

Nama

: Nor Alisya Qistina Sofea

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Alisya Sofea berumur 9 Tahun. Merupakan seorang murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 3. Beliau mempunyai 2 orang adik beradik dan merupakan anak pertama di dalam keluarga. Beliau sangat aktif dalam menggunakan perkhidmatan Pusat Internet Felda Tersang3.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang pelajar yang hanya mengetahui asas di dalam penggunaan komputer sahaja. Merupakan pelajar yang banyak ketinggalan di dalam pengetahuan ICT berbanding rakan sebayanya. Berminat untuk belajar menggunakan komputer ketika pertama kali belajar Komputer di Pusat internet.

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Tersang 3 adik Alisya dapat menggunakan komputer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian computer dengan lebih meluas. Kini beliau lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang di adakan oleh pihak Pusat Internet Felda Tersang 3. Baginya penggunaan Internet dapat memudahkan beliau di dalam menyelesaikan tugas-tugas harian mahupun tugasan yang di berikan oleh pihak sekolah..  

 

Nama

: Norhidayah Binti Khairuddin

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan beliau sejak Mac 2017 dengan menjual makanan berupa Tauhu begedil, Rojak pesembur, keria gula Melaka dan sagu gula melaka di rumah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PI Felda Tersang 3, Hidayah kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan makanan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil daripada mengikuti kelas yang diadakan di PI Felda Tersang 3, Puan Hidayah kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam mempromosikan produk makanan dengan mudah dan menarik. Pendapatan beliau kini bertambah 500-800 sebulan.

           

Nama

: Norfatihah Binti Husin

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan secara online pada tahun 2015. Niat ingin menambah pendapatan dan membantu suami dalam mencari rezeki. Minat yang mendalam membuatkan beliau ingin mencuba menjadi dropship, kemudian menjadi Agen sah tudung bawal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT pada masa sekarang amat diperlukan bagi memudahkan kerja promosi dan jualan. Jumlah pendapatan daripada beberapa puluh sahaja dapat ditingkatkan sehingga ratus ringgit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan ilmu dan teknologi, beliau mempromosikan perniagaan secara online, melalui media social Facebook. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, dan dashboard My Shop, ilmu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Dengan perniagaan online promosi. Pendapatan beliau ditingkatkan sebanyak 2000 sebulan.

Nama

: Marlini Binti Abd Halim

Umur

: 29 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Perniagaan online berasaskan produk kecantikan dan kesihatan ( Dropship )Memulakan perniagaan secara online pada tahun 2018. Niat ingin menambah pendapatan dan membantu suami dalam mencari rezeki. Minat yang mendalam membuatkan beliau ingin mencuba menjadi dropship produk kecantikan dan kesihatan menggunakan platform laman sosial Facebook. Setelah hampir setahun,perniagaan beliau mula berkembang. Kini beliau menjadi salah 1 agen unuk produk tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT pada masa sekarang amat diperlukan bagi memudahkan kerja promosi dan jualan. Jumlah pendapatan daripada beberapa puluh sahaja dapat ditingkatkan sehingga ratus ringgit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan ilmu dan teknologi, beliau mempromosikan perniagaan secara online, melalui media social Facebook. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, dan dashboard My Shop, ilmu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Dengan perniagaan online promosi. Pendapatan dapat ditingkatkan sebanyak 60% dengan penggunanan teknologi.