Nama

 Mohd Syukri Bin Mohd Yusof

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2024

 

 

 

 

 

Latar belakang

Penternakan Kambing Berbaka Jamnapari & pembekal kambing hidup untuk majlis akikah nazar dan event. Encik Ahmad Syukri juga merupakan seorang pengusaha katering dan kambing golek di Felda Tersang dan kawasan luar. Beliau juga merupakan seorang anak peneroka Felda Tersang 3 di Raub Pahang. Memulakan perniagaan katering sekitar tahun 2021 sehingga sekarang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Encik Ahmad Syukri menawarkan perkhidmatan katering dan kambing golek dengan menggunakan promosi secara tradasional iaitu melalui kenalan dan kain rentang di sekita rumah beliau meletakkan di sahaja. Selepas menglibatkan diri dengan NADI, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti “facebook”, “tiktok” dan ‘instagram”. Pendapatan beliau juga hanya dalam lingkungan RM200-RM500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook, tiktok dan intsagram miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.

Nama

: Rozilawati Binti Othman

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Rozilawati merupakan seorang suri rumah dan juga ibu kepada 4 orang anak. Beliau sering menggunakan perkhidmatan dan kemudahan NADI untuk mengisi borang-borang atau membuat surat.Beliau jugak sangat aktif dalam menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatannya dengan aktivit NADI, Puan Rozilawati menggunakan telefon bimbit untuk mengisi borang atau membuat surat dan beliau mengalami kesukaran kerana kurang pendedahan kepada penggunaan internet dan komputer. Beliau mula meggunakan komputer ketika menyertai kelas yang dianjurkan oleh pihak NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai kelas-kelas dan program yang dijalankan oleh pihak NADI, Puan Rozilawati telah mahir untuk mengendalikan komputer dan boleh mengisi borang serta menaip surat tanpa bantuan petugas. Sekarang beliau sudah mampu menaip dengan pantas dan mahir menggunakan perkakasan komputer. Menurut beliau, suri rumah juga mampu mengendalikan komputer dengan mahir dan mampu bersaing seiring dengan peredaran masa.

Nama

Nur Anisah Binti Razman

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

Latar belakang

Dropship Produk kecantikan jenama obsess dan one minute miracle.Merupakan seorang juru makeup sambilan. Nur Anisah atau dikenali dengan nisah adalah seorang dropship produk kecantikan jenama obsess dan one minute miracle. Beliau juga merupakan juru makeup sambilan di Felda Tersang 3.Bermula berniaga secara atas online sekitar tahun 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Anisah menjual produk kecantikan di rumah di Felda Tersang 3. Selepas menglibatkan diri dengan PEDi, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti facebook dan Tiktok. Pendapatan juga sedikit dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook dan tiktok miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.

Nama

: Irfan Darwisyah Bin Mohd Shahrom

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Irfan Darwisyah Bin Mohd Shahrom atau lebih dikenali dengan panggilan Darwish. Merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Berumur 13 tahun dan kini bersekolah di Sekolah Menengah Felda Tersang. Bapa beliau bekerja di Kilang Sawit Felda Tersang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran NADI, Darwisy mempunyai asas dalam penggunaan Komputer.Namun Darwisy telah datang ke NADI bersama ibunya untuk mengikuti kelas ICT, kelas tuisyen online, sempena cuti sekolah dan pelbagai program lain. Beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di NADI Felda Tersang 3.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas adik Darwisy melibatkan diri dengan pelbagai program yang di jalankan di NADI, beliau semakin mahir dan kerap datang menggunakan perkhidmatan di NADI. Selain mengunakan komputer di NADI beliau juga aktif membantu kawan-kawan yang lain menggunakan komputer dan membuat kerja Sekolah bersama kawan-kawannya.

 

Nama

Siti Rahana Binti Ab Majid

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2017

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Siti Rahana Binti Ab Majid atau lebih dikenali dengan panggilan Hana. Puan hana merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Tersang 3 dan juga seorang usahawan dropship dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Beliau mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Tersang 3, Hana kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook dan Shopee miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.