Terletak hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.

Kemudahan Asas

Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah di empangkan.

 

 

Sumber:https://www.mdraub.gov.my/ms/pelawat/rekreasi

Batu Malim adalah sebuah kampung di Hulu Sungai dalam Mukim Batu Talam. Letaknya disebelah kiri hilir Sungai Lipis. Mempunyai daya tarikan sendiri, pada hari ini ada sebuah jambatan merentang Sungai Lipis yang menyambung kiri-kanan sungai tersebut. Kampung Batu Malim merupakan laluan dari Raub menghala ke Cameron Highlands.

Kemudahan Asas

Kemudahan asas yang disediakan ialah pondok rehat, surau, tandas dan gerai jualan.

Aktiviti

Aktiviti yang terdapat di Sungai Batu Malim ialah mandi-manda,sukan air dan berkelah. Ia juga di jadikan aktiviti rekreasi berkumpulan oleh Pertubuhan Sukarela, Agensi Kerajaan, Swasta dan penuntut pusat penganjian tinggi dan sebagainya.

 

     

PELANCONGAN

Buat masa sekarang, di Felda Tersang 3 tiada tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan. Namun, terdapat tempat pelancongan yang berhampiran dengan Felda Tersang iaitu Kg. Ulu Sungai di Mukim Batu Talam ialah:

1.  Air Terjun Lata Lembik.

Lata Lembik Raub, Pahang, terletak 52km dari bandar Raub. Mempunyai daya tarikan tersendiri di kaki Banjaran Titiwangsa sempadan Pahang-Perak. Perjalanan akan melalui kampung tradisional dan perkampungan orang Asli Pos Buntu. Kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan airnya jernih serta sejuk.

Kemudahan Asas

Kemudahan asas yang disediakan ialah pondok rehat, surau, dewan serbaguna, tandas, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking, padang kawat dan bersiar-siar. Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan oleh murid-murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

Aktiviti

Berakit di Sungai Lipis, 4x4, seminar, bengkel, perkhemahan, Jungle Tracking Refflesia, barbeque, berenang, berjalan kaki merentasi Banjaran Titiwangsa Pahang-Slim River, Perak, Sewang dan malam kebudayaan bersama kaum orang Asli dan menyumpit. Selain itu, terdapat 2 trek disediakan di sini. Trek yang pendek mengambil masa 2 jam, manakala trek yang panjang mengambil masa 3 jam dengan pemandangan hutan yang menarik.

 

   

(sumber:http://www.mdraub.gov.my/