Pengenalan Lokasi/Tempat

Maklumat Kedudukan Peta/ Negeri

Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan: Kelantan di utara; Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat Johor dan selatan.( Sumber:Wikipedia Bahasa Melayu)

Maklumat Kedudukan dan peta Daerah

Raub terletak dalam negeri Pahang dan merupakan salah satu daripada 11 daerah di Pahang. Raub mempunyai keluasan 2,271 kilometer persegi, dan terletak antara Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Raub berada 110 km daripada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan 265 km daripada Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapat 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina dalam daerah Raub. Daerah Raub mempunyai 9 buah mukim iaitu Mukim Batu Talam, Mukim Dong, Mukim Gali, Mukim Sega, Bandar Raub, Bandar Teras, Pekan Cheroh, Pekan Dong dan Pekan Tranum.( Sumber:Wikipedia Bahasa Melayu)