Asam rong merupakan makanan tradisional masyarakat di daerah Jerantut,Pahang.Kini Asam rong mula di kenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain termasuk Kuala Lipis,Raub.Uniknya ialah asam rong diperbuat dari biji getah yang di kutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.

RESEPI GULAI ASAM RONG @ ASAM ROM JERANTUT PAHANG

 

Bahan-bahannya :

1. 1 senduk asam rom atau secukupnya.

2. 1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya yang menjadi keutamaan adalah ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Siput sedut sungai, ayam atau daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan halal sudah

3. 1 inci kunyit hidup

4. 1 daun kesum

5. 20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap

6. Secekak pucuk Paku.

7. 1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.

8. Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh

9. Garam secukup rasa

10. Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya.

11. Air secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Tumbuk kunyit, lada dan asam rom tadi

2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata

3. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika.

4. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil.

5. Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan dengan garam secukupnya.

6. Biarkan masak seketika dan angkat.

 

 

Sumber:Google

ambal yang famous di negeri Pahang ini di perbuat dari belimbing buluh yang di rebus sehingga menjadi hitam.

 

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh atau Sambal Hitam Pahang

Bahan-Bahan:

1/2 Kg Cawan Belimbing Buluh Segar

1/2 Kg Cawan Cili Padi – Ikut Kepedasan Masing2

2 Cawan Ikan Bilis Yang Telah Dikopek

Garam & Gula Secukup Rasa

1 Cawan Minyak Masak

Kicap Manis Secukup Rasa

6 Ulas Bawang Merah ( 3 Ulas Ditumbuk, 3 Ulas Dihiris Nipis )

3 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)

 

Cara Membuat:

1. Basuh bersih dan rebuskan belimbing buluh dalam periuk tanpa air dan renehkan dengan api yang kecil sehingga belimbing buluh mengeluarkan airnya sendiri dan mengecut (lebih kurang 3 jam).

2. Pastikan anda teruskan mengacau setiap 2 minit sehingga air belimbing kering dan belimbing bertukar menjadi warna gelap.

3. Kemudian, tumbukkan cili padi, 3 ulas bawang merah (3 ulas lagi dihiris nipis), ikan bilis, belimbing buluh sehingga separa lumat.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan hirisan bawang merah sehingga berbau wangi.

5. Masukkan satu persatu bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan gaul rata Kacau perlahan-lahan dari semasa ke semasa. Setelah separuh garing, tambahkan garam, gula dan kicap secukup rasa.

6. Teruskan proses kacau mengacau tanpa henti supaya tidak hangu.s Setelah garing dan warna bertukar hitam, agak kering dan garing.

7. Bila dah garing tutupkan api dan sejatkan dengan menggunakan penapis santan untuk toskan minyak. Hidangkan atau boleh disimpan dalam bekas yang sesuai (sambal ini boleh disimpan lama.

 

                  

Sumber:Google

 

 

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

 

Bahan Inti

 1 Biji Kelapa Parut

 2 Keping Gula Kabung

 1 Helai Daun Pandan

 Gula Pasir Secukup Rasa

 1/2 Cawan Air

 

Bahan Doh

 1 Paket Tepung Pulut

1 Cawan Tepung Pulut Hitam

 Air Secukupnya

 

Bahan Kuah

 4 Cawan Santan

 1 cawan Tepung Gandum

 Sedikit Garam

 

 Cara Inti

 1. Campurkan Semua Bahan Inti Dalam Kuali

 2. Masak Atas Api Kecil Hingga Bahan Pekat Dan Agak Kering.

 3. Angkat Dan Sejukkan.

 4. Kemudian Ambil Sedikit Dan Bulat2 Seperti Guli.

 

Cara Doh

 1. Campurkan Semua Bahan Dan Uli Hingga Menjadi Doh.

 2. Ketepikan.

 

Cara Kuah

 1. Masukkan Santan, Tepung Gandum Dan Garam Ke Dalam Mangkuk

 2. Dan Kacau Hingga Sebati

 3. Ambil Penapis Dan Tapis Bahan Ini Bagi Mengelakkan Tepung Yang Berketul2.

 4. Ketepikan.

 

Cara Memasak

 1. Ambil Sedikit Doh, Bulatkan Dan Leperkan

 2. Ambil Sebiji Inti Dan Letakkan Di Atas Tepung Tadi.

 3. Tutup Dan Gentel Bulat.

 4. Ulang Proses Hingga Tepung Dan Inti Habis.

 5. Letak Beberapa Biji Kuih Dalam Loyang Yang Telah Di Lapik Dgn Daun Pisang.

 6. Letakkan Kuah Di Dalam Loyang.

 7. Masukkan Dalamperiuk Kukus

 8. Biar Sehingga Masak Selama 20 minit.

 

 


 

Gulai tempoyak ikan patin adalah tradisi masakan pahang yang sememangnya sedap dan lazat. Patin juga boleh digoreng, singgang, dibakar bersama tempoyak dan dipanggil pais patin.

Bahan-bahan

10 ketul ikan patin (saiz sederhana)

3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak,nanti kurang sedap)

1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)

5 cm lengkuas

3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)

15 tangkai cili padi ( jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan )

10 tangkai daun kesum

3 keping asam gelugur @asam keping

5 sudu tempoyak ( lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat )

air secukupnya ( untuk kuah banyak, masukkan air banyak )

garam secukup rasa

3 batang serai

Cara-cara

Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)

Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)

Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.

Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saiz Hidangan : 4 -5 Orang