PENGENALAN GPW

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.

 

APA PERANAN GPW?

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini membantu dan menghantar para ibu tunggal mengikuti kursus untuk membaiki ekonomi keluarga dalam bidang industri kecil dan menderma wang kepada anak-anak yatim yang terdapat dalam Felda Tersang 3 ini setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka juga turut mengadakan kumpulan marhaban perempuan dewasa. GPW ini juga terlibat secara langsung serta membantu Badan Agama dan masjid untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

AKTIVITI-AKTIVITI GPW :

GPW juga banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan wanita di Felda. Dalam meningkatkan pengetahuan agama di kalangan wanita, kelas agama turut diadakan seperti kelas tafsir Al-Quran, marhaban, berzanji dan tadarus. Marhaban dan berzanji selalunya dianggotai seramai 30 orang dan selalunya diadakan di dalam majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Selain itu, majlis bacaan Yaasin turut diadakan pada setiap malam Jumaat yang diadakan di surau, masjid dan juga dibuat dari blok ke blok oleh golongan wanita Felda Tersang 3. GPW juga terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menceriakan kawasan Felda , senamrobik dan sebagainya yang juga menjadi aktiviti utama golongan wanita di Felda Gersang 3.

 

AKTIVITI LAIN GPW :

Mesyuarat AJK Gerakan Persatuan Wanita.

Membuat lawatan warga emas, keuzuran dan kebajikan

Mengadakan ceramah agama setiap minggu

Mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan

Menganjurkan sambutan Hari Wanita pada setiap tahun

Menghantar ahli-ahli berkursus atau seminar yang berkaitan dengan pembangunan wanita.