Nama |
: Nor Azura Binti Abdul Rahman |
Umur |
: 23 tahun |
Ahli |
: 2010 |
Latar belakang
Usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu maruku sejak awal tahun 2018 hingga sekarang. Nor Azura merupakan anak Peneroka Felda Tersang 3. Anak ke-5 dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan di SK Felda Tersang 3 dan SMK Tersang. dan melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Ijazah. Semangat ingin memajukan diri serta membantu keluarga menjadikan beliau untuk menceburi bidang perniagaan maruku ini. Bekerja sambil membuat Part time adalah jalan pertama yang beliau ambil dalam menceburi bidang perniagaan maruku ini. Bermula dengan jualan sambilan, kini Nor Azura telah mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu “Maruku Crunchy”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 – 2000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 3, serta penggunaan akuan facebook sendiri, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil produk beliau. Pada permulaan pelanggan beliau sekitar penduduk setempat iaitu Felda Tersang sahaja kini pasaran maruku telah menembusi pasaran luar sekitar Selangor, perak dan beberapa negeri lain.. Pendapatan beliau kini mencecah RM500 hingga RM 1000 sebulan.