Nama |
: Noorlida Binti Ramly |
Umur |
: 42 tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Noorlida Ramly, 42, seorang suri rumah sepenuh masa, kini mempunyai pendapatan sendiri sebagai sumber pendapatan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapat purata beliau sekitar RM20 – RM50 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Walaupun produk yang dijalankan oleh Puan Norlida tidak dijalankan secara atas talian namun beliau berasa bangga kerana dapat menambah pendapatan keluarga dengan menjual produk beliau di sekitar Felda Tersang. Namun selepas beliau mengikuti Latihan Keusahawan dan ICT Yang telah dijalankan di Pi1m Felda Tersang 3, ilmu yang dipelajarinya secara tidak langsung membolehkan beliau memperkenalkan produk beliau sendiri melalui flyer dan brochure, berbanding dengan sebelumnya tanpa menggunakan kaedah tersebut. Bertitik-tolak dari kelas keusahawanan terbabit yang telah dijalankan oleh pihak Pi1m, beliau berazam untuk memasarkan produk tempoyak dan asamrom ini secara atas talian bagi mempromosikan produk beliau. Jika dahulu pendapat purata sekitar RM20 – RM50, namun sekarang pendapatan beliau meningkat kepada RM100 – RM200 sebulan (mengikut musim).