Nama

Mohamad Irfan Wafiy Bin Saiful Zaini

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2023

 

 

 

 

Latar belakang

Mohamad Irfan Wafiy Bin Saiful Zaini atau lebih dikenali dengan Wafiy. Adik Wafiy merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Berumur 10 tahun dan kini bersekolah di SK Felda Tersang 3. Bapa beliau bekerja di Kilang Sawit Felda Tersang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran PEDi, Adik Wafiy tidak pandai menggunakan komputer malah tidah pernah bermain dengan komputer. Namun adik Wafiy telah datang ke PEDi bersama ibunya untuk mengikuti kelas ICT, kelas tuisyen online, sempena cuti sekolah dan pelbagai program lain. Beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi yang dianjurkan di PEDi Felda Tersang 3.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Wafiy telah mengikuti kelas asas komputer. Beliau mula belajar bermain permainan pelajaran bagi memahirkan beliau menggerakan tetikus dan menaip perkataan menggunakan papan kekunci. Seterusnya beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di PEDi pada hujung  tahun 2021 dan mengikiti kelas tuisyen Online. Subjek yang sering diikuti adalah subjek kemahiran membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris serta kelas bahasa inggeris tahun 4 dan 5. Sejak mengikuti kelas di PEDi dan tuisyen Online banyak perubahan yang positif diberikan oleh Adik Wafiy. Kini dia mula yakin dan berani tampil bergaul dengan pengguna-pengguna PEDi yang lain. Banyak perkembangan positif yang diberikan oleh Adik Wafiy setelah melibatkan diri dengan perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di PEDi Felda Tersang 3.

Nama

: Norhidayah Binti Khairuddin

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2017

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan beliau sejak Mac 2017 dengan menjual makanan berupa Tauhu begedil, Rojak pesembur, keria gula Melaka dan sagu gula melaka di rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Tersang 3, Hidayah kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan makanan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasil daripada mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Felda Tersang 3, Puan Hidayah kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam mempromosikan produk makanan dengan mudah dan menarik. Pendapatan beliau kini bertambah 500-800 sebulan.

Nama

: Cahaya Indah Amanai Binti Azman

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2023

 

 

 

 

 

Latar belakang

Cahaya Indah Amani atau dikenali sebagai Indah berumur 9 tahun. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tersang 3 dan anak tunggal dalam keluarga. Beliau sangat aktif dalam menggunakan perkhidmatan dan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas-kelas yang dijalankan oleh PEDi, Indah tidak terlalu didedahkan mengenai penggunaan komputer dan internet. Beliau banyak ketinggalan dalam perkembangan teknologi terkini berbanding rakan sebaya yang lain. Beliau mula menggunakan komputer ketika menghadiri kelas di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menghadiri kelas-kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi, Indah sudah cekap dalam penggunaan komputer dan perinciannya. Beliau tidak lagi memerlukan bantuan daripada petugas untuk membuka komputer dan menggunakan internet. Bagi beliau, penggunaan komputer dapat memudahkan pelajar untuk membuat carian bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dengan lebih efisien.

             

                                    

Nama

: Amirah Binti Baharom

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Amirah seorang belia yang berusia 28 tahun. Beliau menjalankan perniagaan menjahit pakaian.Memulakan perniagaan pada tahun 2020, melalui media sosial dan di rumah beliau. Cik Amirah juga sudah mempunyai kedai jahit di kedai Belia Felda Tersang 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan PEDi, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti facebook, tiktok dan Instagram. Sebelum penggunaan ICT pendapatan beliau dalam lingkungan RM1800 sahaja.dan pelanggan adalah di sekitar Kawasan Tersang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk jahitan beliau. Selain menjahit di kedai beliau juga banyak mempromosikan produk jahitan beliau di media sosial. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM2000-3000 sebulan.

                

Nama

: Normala Binti Abdul Manan

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2020


 

Latar belakang

Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan berasaskan keropok. Merupakan agent aneka keropok jenama booth. Memulakan perniagaan pada tahun 2020 , melalui media sosial dan di rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan niagaan

Selepas menglibatkan diri dengan PEDi, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti “facebook”. Pendapatan juga sedikit dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM700 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.