Nama

: Ezan Binti Samad

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2012

 

Latar belakang

Kak Jem Sambal ( Sambal Pahang, Sambal Kantan, Serunding Halia dan Sambal Peria Garing) Ezan samad adalah pengusaha sambal. Antara sambal yang dijual adalah Sambal Pahang, Sambal Bunga Kantan, Sambal Peria Garing dan Serunding Halia. Beliau juga menguruskan sebuah kedai makan. Beliau memulakan perniagaan samabal sejak 3 tahun yang lalu bermula hanya dengan sambal Hitam/ Sambal Pahang. Kini beliau mempelbagaikan jenis sambalnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan medium online beliau hanya menjual kepada warga terdekat dan kawan-kawan sahaja. Hebahan kepada pembeli adalah kurang memberangsangkan. Pendapatan hasil jualan adalah kurang daripada RM1000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini beliau mempromosikan perniagaan secara online seperti di laman social Facebook,disokong dengan aplikasi WhatsApp, pelanggan daripada seluruh Malaysia dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti bengkel Microsoft Office, perniagaan atas talian, dan perbankan online, beliau lebih berkeyakinan untuk meleuaskan empayar pernigaan. Beliau juga mempromosikan cicah rasa sambal belimbing hitam My Shop Dashboard. Dengan perniagaan online, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 70%, anggaran pendapatan RM2500 sebulan..

     

Nama

: Siti Nurlailah Binti Alias

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2011

 

Latar belakang

Pn. Nurlailah minat berniaga sejak tamat belajar. Beliau menjual produk Celebrity Lass, Organic Chia Seed dan Lemonade Xpresh bermula pada Tahun 2015 secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan sebelum terlibat dengan jualan online, hanya bergantung kepada pelanggan yang dikenali sahaja. Jumlah pendapatan juga kurang memberangsangkan. Pendapatan beliau sekitar RM 100 – RM 500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Namun setelah mengenali internet dan mempromosikan perniagaan secara online, pelanggan daripada seluruh Malaysia boleh dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI1M, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, banyak iimu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebnayk 50% berbanding sebelum ini. Beliau juga mempromosikan Celebrity Lass di My Shop Dashboard. Dengan perniagaan online, urusan jual beli dan mendapatkan stok terbaru juga menjadi lebih mudah dan pantas. Kini pendapatan beliau mencecah RM 1000 – RM 1500.

Nama

: Rosnita Binti Harun

Umur

: 41 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Rosnita berumur 41 Tahun. Merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan selepas berhenti kerja sebagai Pembantu Tabika Felda Tersang 3. Beliau merupakan ahli Pusat Internet Felda Tersang 3 sejak tahun 2015. Sebagai seorang usahawan, beliau harus kerap menggunakan ICT dan juga komputer untuk menjalankan kerja-kerja perniagaan beliau secara online. Beliau menjadikan Pusat Internet sebagai rujukan apabila beliau mempunyai masalah berkaitan ICT dan menyelesaikan tugas harian beliau sebagai seorang usahawan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau seorang yang hanya mengetahui asas di dalam penggunaan computer sahaja dan beliau banyak ketinggalan di dalam pengetahuan ICT. Sebelum ini juga, beliau hanya menggunakan komputer pada zaman belajar sahaja. Kebanyakannya urusan harian online beliau, banyak di uruskan anak-anak serta saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Tersang 3, Rosnita telah dapat menggunakan komputer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian computer dengan lebih meluas. Kini beliau lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang di adakan oleh pihak Pusat Internet Felda Tersang 3. Baginya penggunaan Internet dapat memudahkan beliau di dalam menyelesaikan tugas-tugas harian.

  

Nama

: Norsuzailizam Binti Sulaiman

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Pn. Sulailizam adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mula bergiat dalam dalam menjual emas dan lain-lain produk secara online pada awal tahun 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum pengguanan ICT, jualan dan produk dipromosi melalui hebahan mulut dan dengan orang terdekat dan dikenali sahaja. Dahulu saya hanya menjual produk saya di sekitar kawasan Felda Tersang dan sekitar Bandar Raub sahaja. Denagn internet dan melakukan urusan perniagaan dengan lebih sistematik dan taratur. Pendapatan dahulu adalah kurang berbanding pendatan sekarang. Pendapatan beliau sekitar RM 300 – RM 500

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengenali Pusat Internet dan berhubung, ilmu ICT beliau ditingkatkan melalui latihan keusahawanan. Beliau boleh menggunakan Ms Office dan Internet. Beliau telah mempromosikan emas dan produk sampingan lain di Facebook dan hebahan nya lebih cepat sampai kepada pelanggan. Pendapatan juga meningkat senyak 50%. Kini pendapatan beliau mencecah RM 1000 – RM 1500.

Nama

: Fatimah Binti Abdullah

Umur

: 31 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Seorang suri rumah yang mempunyai dua orang anak, memulakan perniagaan pada tahun 2016 secara kecil-kecilan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 hingga RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Tersang 3, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau hanya di Felda Tersang. pendapatan beliau kini menjadi 1000-3000 sebulan.Beiau juga menyewa kedai untuk menjual kek dan roti.