Nama

Nur Anisah Binti Razman

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

Latar belakang

Dropship Produk kecantikan jenama obsess dan one minute miracle.Merupakan seorang juru makeup sambilan. Nur Anisah atau dikenali dengan nisah adalah seorang dropship produk kecantikan jenama obsess dan one minute miracle. Beliau juga merupakan juru makeup sambilan di Felda Tersang 3.Bermula berniaga secara atas online sekitar tahun 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Anisah menjual produk kecantikan di rumah di Felda Tersang 3. Selepas menglibatkan diri dengan PEDi, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti facebook dan Tiktok. Pendapatan juga sedikit dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook dan tiktok miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.

Nama

Siti Rahana Binti Ab Majid

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2017

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Siti Rahana Binti Ab Majid atau lebih dikenali dengan panggilan Hana. Puan hana merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Tersang 3 dan juga seorang usahawan dropship dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Beliau mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Tersang 3, Hana kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook dan Shopee miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.

Nama

: Norhidayah Binti Khairuddin

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2017

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan beliau sejak Mac 2017 dengan menjual makanan berupa Tauhu begedil, Rojak pesembur, keria gula Melaka dan sagu gula melaka di rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Tersang 3, Hidayah kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan makanan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasil daripada mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Felda Tersang 3, Puan Hidayah kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam mempromosikan produk makanan dengan mudah dan menarik. Pendapatan beliau kini bertambah 500-800 sebulan.

Nama

Mohamad Irfan Wafiy Bin Saiful Zaini

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2023

 

 

 

 

Latar belakang

Mohamad Irfan Wafiy Bin Saiful Zaini atau lebih dikenali dengan Wafiy. Adik Wafiy merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Berumur 10 tahun dan kini bersekolah di SK Felda Tersang 3. Bapa beliau bekerja di Kilang Sawit Felda Tersang manakala ibu beliau merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan dengan program anjuran PEDi, Adik Wafiy tidak pandai menggunakan komputer malah tidah pernah bermain dengan komputer. Namun adik Wafiy telah datang ke PEDi bersama ibunya untuk mengikuti kelas ICT, kelas tuisyen online, sempena cuti sekolah dan pelbagai program lain. Beliau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktivi yang dianjurkan di PEDi Felda Tersang 3.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Wafiy telah mengikuti kelas asas komputer. Beliau mula belajar bermain permainan pelajaran bagi memahirkan beliau menggerakan tetikus dan menaip perkataan menggunakan papan kekunci. Seterusnya beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di PEDi pada hujung  tahun 2021 dan mengikiti kelas tuisyen Online. Subjek yang sering diikuti adalah subjek kemahiran membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris serta kelas bahasa inggeris tahun 4 dan 5. Sejak mengikuti kelas di PEDi dan tuisyen Online banyak perubahan yang positif diberikan oleh Adik Wafiy. Kini dia mula yakin dan berani tampil bergaul dengan pengguna-pengguna PEDi yang lain. Banyak perkembangan positif yang diberikan oleh Adik Wafiy setelah melibatkan diri dengan perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan di PEDi Felda Tersang 3.

Nama

: Amirah Binti Baharom

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Amirah seorang belia yang berusia 28 tahun. Beliau menjalankan perniagaan menjahit pakaian.Memulakan perniagaan pada tahun 2020, melalui media sosial dan di rumah beliau. Cik Amirah juga sudah mempunyai kedai jahit di kedai Belia Felda Tersang 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan PEDi, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti facebook, tiktok dan Instagram. Sebelum penggunaan ICT pendapatan beliau dalam lingkungan RM1800 sahaja.dan pelanggan adalah di sekitar Kawasan Tersang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk jahitan beliau. Selain menjahit di kedai beliau juga banyak mempromosikan produk jahitan beliau di media sosial. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM2000-3000 sebulan.