Nama |
: Nor Madiah Binti Ab Majid |
Umur |
: 25 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Puan Madiah merupakan seorang suri rumah dan agent tudung bawal jenama Fareha.Beliau menjalankan perniagaan tudung Fareha apabila ternampak iklan di Facebook yang mencari dropship untuk menjual tudung, pada mulanya beliau tidak terfikir langsung untuk menjual, Puan Madiah hanya promote sahaja makin lama ramai pelanggan yang berminat untuk membeli tudungnya. Dari situ Puan Madiah mendapat pelanggan yang ramai dan bersemangat untuk menjual, kerana memikirkan keadan negara yang di landa covid-19 dan beliau memikirkan sesuatu untuk menambahkan pendapatan sampingan. Apabila mendapat pelanggan yang ramai Puan Madiah berasa semangat untuk menjual dan meneruskan perniagaan dropship ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini hanya ingin mencuba dengan modal yang amat minima dan tiada pengalaman dalam bidang perniagaan.Pendapatan beliau dalam lingkungan RM100-RM300 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Apabila mendaftarkan diri di Pusat Internet Komuniti Felda Tersang 3, beliau diperkenalkan dengan latihan-latihan keusahawanan dimana telah membuka mata untuk mengembangkan dan serius dalam bidang perniagaan. Beliau diajar cara pemasaran online, membuat kira-kira, dan pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaannya. Bermodalkan sedikit wang pada permulaan perniagaannya, kini beliau telah mengembangkan perniagaan nya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.Beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM500-RM800 sebulan.
Nama |
: Arissa Nabihah Binti Mohamad Hisham |
Umur |
: 9 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Arissa Nabihah atau lebih mesra di panggil Arissa oleh kawan-kawannya berumur 9 tahun dan telah menjadi ahli PIK sejak berumur 6 tahun. Arissa merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradiknya. Bersekolah di SK LKTP Tersang Tiga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Arissa telah menjadi ahli berdaftar PIK Felda Tersang 3 sejak tahun 2017 dan berumur 6 tahun. Kisah Arissa bermula untuk menggunakan Komputer adalah di sebabkan ibunya menghantar Arissa belajar mengaji Iqra’ dan Asas Jawi di PIK. PIK juga mengajar Iqra menggunakan komputer kepada Arissa untuk menarik minat Arissa menggunakan komputer dan celikICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Lama-kelamaan, selepas dipelawa untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan, Arissa semakin mahir menggunakan komputer dan penggunaan internet. Kini Arissa sudah mahir mencari maklumat sendiri di internet dan mengikuti program yang dijalankan di PIK.
Nama |
: Mohamad Azizul Hakim Bin Ghozali |
Umur |
: 25 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
En Mohamad Azizul Hakim berusia 25 tahun, merupakan seorang anak peneroka Felda Tersang 1, yang bekerja menguruskan ladang orang tua nya. Beliau menjalankan perniagaan Murtabak Frozen, Serbuk Kari dan Produk Kopi sejak 2 Tahun lalu iaitu sejak 2018. Bermula menceburi perniagaan ini secara suka-suka bagi mengisi masa lapang, akhirnya En Mohamad Azizul Hakim menjadikan produk Murtabak Frozen, Serbuk Kari dan Produk Kopi sebagai salah satu sumber kewangan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
En Mohamad Azizul Hakim bermula sebagai penjual Murtabak Frozen, Serbuk Kari dan Produk Kopi tahun 2018. Beliau yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini hanya ingin mencuba dengan modal yang amat minima dan tiada pengalaman dalam bidang perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Apabila mendaftarkan diri di Pusat Internet Komuniti Felda Tersang 3, beliau diperkenalkan dengan latihan-latihan keusahawanan dimana telah membuka mata untuk mengembangkan dan serius dalam bidang perniagaan. Beliau diajar cara pemasaran online, membuat kira-kira, dan pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaannya. Bermodalkan sedikit wang pada permulaan perniagaannya, kini beliau telah mengembangkan perniagaannya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Nama |
: Ros Faizah Binti Saleh Kamar |
Umur |
: 41 tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Ros Faizah atau dikenali dengan nama Kak Yong Ros adalah seorang pengusaha sambal hitam di Felda Tersang juga kawasan luar. Beliau juga merupakan seorang guru PDK di Raub Pahang. Memulakan perniagaan sambal hitam sekitar tahun 2016 sehingga sekarang. Mempunyai agent dari pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum ini, Kak Yong Ros menjual sambal hitam dengan meletakkan di kedai sekitar Felda Tersang, Bandar Raub dan Lipis sahaja. Selepas menglibatkan diri dengan PIK, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti “facebook”. Pendapatan juga sedikit dalam lingkungan RM500-RM1000 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PIK, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.
Nama |
: Rohani Binti Sulaiman |
Umur |
: 43 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Puan Rohani merupakan seorang guru KAFA di di sekolah Agama Rakyat Sg Koyan. Beliau telah berkhidmat bermula tahun 2009 sehingga sekarang. Selain dari bergelar seorang pendidik beliau juga merupakan seorang pelajar di sebuah Universiti di Pahang. Beliau mengambil jurusan Diploma Pengajian Islam dalam pendidikan di Universiti OUM. Merupakan seorang ibu kepada 3 cahaya mata. Beliau sangat aktif dalam menggunakan perkhidmatan Pusat Internet Felda Tersang3.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Walau bergelar seorang guru beliau seorang yang aktif menggunakan teknologi terkini. Kepesatan teknologi IT yang semakin berkambang ini, beliau banyak ketinggalan di dalam arus perkembangan ICT. Kebanyakan beliau hanya mengetahui asas di dalam penggunaan komputer sahaja.
.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak menggunakan kemudahan ICT di Pusat Internet Felda Tersang 3 Puan Rohani semakin teruja dengan teknologi ICT dimana beliau dapat menggunakan computer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian computer dengan lebih meluas. Kini beliau lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang di adakan oleh pihak Pusat Internet Felda Tersang 3. Baginya penggunaan Internet dapat memudahkan urusan beliau samada sebagai seorang pelajar mahupun tugas sebagai seorang guru.