Nama |
MUHAMAD HAFIQ AZUAR BIN MUHAMMAD ZAURIDIN |
Umur |
15 TAHUN |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
No. Telefon |
017-9287849 |
Alamat |
268 Felda Tersang 3 |
Tahun menjadi Ahli PI1M |
22 MEI 2010 |
Latar belakang
Muhamad Hafiq Azuar Bin Muhammad Zauridin berumur 15 Tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Tersang. Merupakan anak ke-5 daripada 7 Orang adik beradik. Rumah beliau terletak berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 3. Ini menjadikan beliau pengguna tetap di PI1M setiap kali dibuka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Muhamad Hafiq Azuar Bin Muhammad Zauridin dahulunya seorang pelajar yang hanya mengetahui asas di dalam penggunaan computer sahaja. Beliau merupakan pelajar yang banyak ketinggalan di dalam pengetahuan ICT berbanding rakan sebayanya. Adik Muhamad Hafiq Azuar juga banyak tertinggal di dalam kelas-kelas yang di adakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 3. Sebelum ini juga, beliau hanya menggunakan computer pada zaman pra sekolah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di PI1M Felda Tersang 3 Adik Muhamad Hafiq Azuar telah dapat menggunakan computer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian computer dengan lebih meluas. Kini Adik Muhamad Hafiq Azuar lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang di adakan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 3. Bagi Adik Muhamad Hafiq Azuar penggunaan Internet dapat memudahkan beliau di dalam menyelesaikan tugas-tugas harian mahupun tugasan yang di berikan oleh pihak sekolah.
Jika sebelum ini beliau banyak menggunakan text mesej dengan rakan-rakan dan mengambil masa yang lama jika membuat kerja berkumpulan, namun dengan adanya teknologi internet, ia memudahkan kerja kumpulan, hanya dengan menggunakan applikasi di internet, kerja menjadi lebih mudah dan cepat. Beliau menggunakan pelbagai medium di dalam kerja berkumpulan seperti FaceBook, Whatapps Kumpulan dan lain-lain lagi. Persahabatan bersama kawa-kawan semakin bertambah erat, sentiasa dapat berhubung di antara satu sama lain. Kalau tiada line wifi di rumah atau tiada duit untuk melanggan internet data, beliau dan rakan-rakan guna sahaja kemudahan Kampung Tanpa Wayar yang disediakan oleh pihak SKMM atau nak lebih mudah, beliau pergi sahaja ke pusat Internet 1 Malaysia.
Norul Izzaty merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di Temerloh Pahang dalam bidang Dandanan Rambut. Mula menceburi bidang salon & spa pada tahun 2011. Pada mulanya Norul Izzaty memulakan perniagaan SPA beliau secara kecil-kecilan di premis kedai sekitar Bandar Raub. Bermula dengan perkongsian kedai, Norul Izzaty terus memulakan langkah dengan menjadikan rumah beliau di Felda Tersang 3 sebagai Kedai SPA sepenuh masa.
Semasa menjalankan perniagaan di Felda Tersang 3, beliau sering mengikuti kursus-kursus, Latihan Keusahawan serta program-program lain termasuklah membuat blog, FB fan page dan lain-lain yang di jalankan oleh Pihak PI1M Felda Tersang 3. Perubahan dalam perniagaan, jika dahulu pendapatan yang diperolehi sekitar RM1000 sebulan, namun sekArang beliau memperolehi pendapatan mencecah sehingga RM4000 sebulan.Kini Norul Izzaty boleh menarik nafas lega apabila berjaya membuka kedai beliau sendiri di Gugusan Felda Tersang 3. Kini kedai beliau dinamakan Kedai Zaty Salon & SPA.
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN BUTIK
Nama |
MASTURA BINTI WAHAB |
Umur |
26 TAHUN |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
No. Telefon |
01135518290 |
Alamat |
No A69 FELDA TERSANG 2, 27600 RAUB PAHANG |
Tahun menjadi Ahli PI1M |
15 APRIL 2016 |
Latar belakang
Mastura merupakan salah seorang anak jati felda tersang 3 yang berkelulusan lepasan Diploma. Dengan minat yang mendalam berkenaan perniagaan, beliau telah membuka sebuah kedai Butik di kampung halamannya yang terletak di Lot Kedai No 4, Kedai JKKR Felda Tersang 3
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapat purata beliau sekitar RM500 – RM700 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan ilmu yang dipelajari ketika berada di Universiti, cik Mastura menggunakan sepenuhnya segala pengetahuan dan ilmu ICT di dalam mengambangkan perniagaan beliau. Dengan adanya kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 3 yang berhampiran dengan kedai beliau, lebih mudah bagi Cik Mastura untuk mengembangkan perniagaannya. Bagi cik Mastura kemudahan internet amat penting di dalam meyampaikan maklumat atau pemberitahuan sesuatu perkara kepada para pelanggan. Misalnya stok sampai di kedai setiap minggu berlainan hari, jadi amat penting untuk beliau memberitahu kepada para pelanggannya. Selain itu untuk mempromosikan barang-barang menjadi lebih mudah dengan menggunakan kemudahan internet contohnya melalui applikasi FaceBook. Menurut cik Mastura selepas mempromosikan produk niaga melalui internet, pelanggannya bertambah ramai dan ada juga yang datang dari kawasan luar. Secara tidak langsung keuntungan beliau semakin bertambah. Jika dahulu pendapat purata sekitar RM500 – RM700, namun sekarang pendapatan beliau meningkat kepada RM1000 – RM1200 sebulan.