Nama |
: Ezan Binti Samad |
Umur |
: 37 tahun |
Ahli |
: 2012 |
Latar belakang
Kak Jem Sambal ( Sambal Pahang, Sambal Kantan, Serunding Halia dan Sambal Peria Garing) Ezan samad adalah pengusaha sambal. Antara sambal yang dijual adalah Sambal Pahang, Sambal Bunga Kantan, Sambal Peria Garing dan Serunding Halia. Beliau juga menguruskan sebuah kedai makan. Beliau memulakan perniagaan samabal sejak 3 tahun yang lalu bermula hanya dengan sambal Hitam/ Sambal Pahang. Kini beliau mempelbagaikan jenis sambalnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan medium online beliau hanya menjual kepada warga terdekat dan kawan-kawan sahaja. Hebahan kepada pembeli adalah kurang memberangsangkan. Pendapatan hasil jualan adalah kurang daripada RM1000 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini beliau mempromosikan perniagaan secara online seperti di laman social Facebook,disokong dengan aplikasi WhatsApp, pelanggan daripada seluruh Malaysia dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti bengkel Microsoft Office, perniagaan atas talian, dan perbankan online, beliau lebih berkeyakinan untuk meleuaskan empayar pernigaan. Beliau juga mempromosikan cicah rasa sambal belimbing hitam My Shop Dashboard. Dengan perniagaan online, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 70%, anggaran pendapatan RM2500 sebulan..