Nama

: Norhidayah Binti Khairuddin

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Hidayah merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan beliau sejak Mac 2017 dengan menjual makanan berupa Tauhu begedil, Rojak pesembur, keria gula Melaka dan sagu gula melaka di rumah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PI Felda Tersang 3, Hidayah kurang mahir dalam mempromosikan perniagaan makanan beliau di media sosial. Hal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak kurang memuaskan pada mula pembukaan perniagaan beliau. Pendapatan beliau hanya 200-300 sahaja,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil daripada mengikuti kelas yang diadakan di PI Felda Tersang 3, Puan Hidayah kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam mempromosikan produk makanan dengan mudah dan menarik. Pendapatan beliau kini bertambah 500-800 sebulan.