Syaza Najwa Binti Yahaya berumur 18 tahun, merupakan pelajar SPM tahun 2016. Beliau menggunakan kemudahan teknologi internet untuk mempelajari dan menimba pengetahuan samada ilmu itu berkaitan pembelajaran sekolah mahupun kemahiran-kemahiran di dalam kehidupan kita seharian. Contoh nya kemahiran editing gambar menggunakan Adobe Photoshop.
 

  

Jika sebelum ini beliau banyak menggunakan text mesej dengan rakan-rakan dan mengambil masa yang lama jika membuat kerja berkumpulan, namun dengan adanya teknologi internet, ia memudahkan kerja kumpulan, hanya dengan menggunakan applikasi di internet, kerja menjadi lebih mudah dan cepat. Beliau menggunakan pelbagai medium di dalam kerja berkumpulan seperti FaceBook, Whatapps Kumpulan dan lain-lain lagi. Persahabatan  bersama kawa-kawan semakin bertambah erat, sentiasa dapat berhubung di antara satu sama lain. Kalau tiada line wifi di rumah atau tiada duit untuk melanggan internet data, beliau dan rakan-rakan guna sahaja kemudahan Kampung Tanpa Wayar yang disediakan oleh pihak SKMM atau  nak lebih mudah, beliau pergi sahaja ke pusat Internet 1 Malaysia.