AHLI PARLIMEN KAWASAN RAUB (P080) PKR
|
|
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN BATU TALAM (N.06)
|
|
PEGAWAI DAERAH RAUB
|
|
*Sumber : https://direktori.pahang.gov.my/frmPapar.php?micro=51&site=bentong&profil_id=19256
Asal Usul Felda Tersang
FELDA Tersang 3 diberi nama sempena sebuah perkampungan tradisional yang berdekatan iaitu Kampung Tersang yang berasal dari sepohon pokok yang tumbuh ditepi sungai yang menjadi tempat berteduh penduduk kampung.
Latar Belakang Felda Tersang
Felda Tersang 3 merupakan tanah rancangan di dalam kawasan Mukim Batu Talam, Daerah Raub,dan Bandar yang terdekat adalah Bandar Raub dengan jarak 42 km yang merupakan bandar utama bagi penduduk disini.
Felda Tersang Tersang 3 dengan keluasan keliling 1393.71 hektar dan kawasan Kampung seluas 160.47 hektar terletak dalam Gugusan Felda Tersang. Dengan keadaan tanah berbukit-bukau dan tanah rata. Felda Tersang diterokai bagi tujuan perladangan kelapa sawit, sehingga kini kelapa sawit merupakan komoditi utama untuk penduduk rancangan Felda Tersang dan juga bagi penduduk di sini. Jumlah peneroka seramai 338 orang dengan kepadatan penduduk 2635 orang terdiri dari keluarga peneroka melayu sahaja dan kakitangan Kerajaan yang berkhidmat disini.
Keistimewaan Rancangan Felda Tersang 3:-
1. Terkenal dengan sambal hitam/pahang yang dipasarkan sehingga ke luar dari pahang.
2. Keusahawanan - Terdapat banyak kolam kolam ikan patin yang diusahakan oleh peneroka dan dijual ke luar.
3. Seluruh Tersang 3 dihiasi dengan pokok jasmin yang mana pokok jasmin ini dibonzaikan.
4. Diceriakan dengan pasu batu yang dicat warna merah putih disepanjang bahu jalan diseluruh Tersang 3.
5. Koperasi Tersang 3 Berhad amat aktif. Dibawah koperasi ada terdapat pasar basah dimana hasil EGF peneroka dipasarkan disini. Terdapat kedai baju batik iaitu Norafa batik dan juga ada terdapat kedai makan bajet yang mana terkenal nasi lemak + air dengan harga RM 1 sahaja.
MAKLUMAT FELDA TERSANG 3
PROFAIL RANCANGAN FELDA TERSANG 3 |
|
PENGURUS FELDA |
EN.MOHD FARIZUL BIN FAUZI |
PEN PENGURUS |
TIADA |
NO TELEFON PEJABAT |
09-3403009 |
MUKIM |
BATU TALAM |
DAERAH |
RAUB |
WILAYAH |
MEMPAGA |
NEGERI |
PAHANG |
BANDAR TERDEKAT |
RAUB (42 KM) |
KETUA PENEROKA |
EN MOHD ZAINI BIN KARIM |
KETUA AGAMA/IMAM |
EN MOHD TAHIR BIN HJ.KASIM |
TAHUN PEMBANGUNAN |
PKT 001 :1976/1977, PKT 002 : 1978/1979 PKT 003 :1979/1980 |
LUAS KAWASAN |
1388.70 Hek |
JENIS TANAMAN |
KELAPA SAWIT |
LUAS KAWASAN TANAMAN |
2021.91 Hek |
LUAS KAWASAN KAMPUNG |
160 Hek |
BIL PERINGKAT |
3 PERINGKAT |
BIL BLOK |
16 BLOK ( BLOK 1-16 ) |
JUMLAH PENEROKA |
338 ORANG |
JUMLAH KESELURUHAN |
2635 ORANG |
MAKLUMAT POPULASI PENDUDUK |
|
POPULASI PENDUDUK |
JUMLAH : 2635 ORANG LELAKI : 1407 ORANG PEREMPUAN : 1228 ORANG PURATA ISI RUMAH : 5 ORANG |
KUMPULAN UMUR |
<12 TAHUN (518 ORANG) 12-17 TAHUN (418 ORANG) 18-25 TAHUN (412 ORANG) 26-40 TAHUN (467 ORANG) 41-58 TAHUN (445 ORANG) <58 TAHUN (378 ORANG) |
SUKU KAUM |
MELAYU 100% |
PEKERJAAN |
(KERAJAAN 40%) (SWASTA 40%) (SENDIRI 20%) |
PENDAPATAN SEISI RUMAH |
(751-1500 -75%) (1501-1300 - 20% ) ( >3001 -5%) |
PECAHAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI |
|
PAHANG |
307 ORANG |
KEDAH |
10 ORANG |
KELANTAN |
9 ORANG |
SELANGOR |
6 ORANG |
PERAK |
4 ORANG |
JOHOR |
1 ORANG |
P.PINANG |
1 ORANG |
JUMLAH PENEROKA |
338 ORANG |
(Sumber:Pejabat Felda Tersang 3)
Halaman 1 dari 2