Asal Usul Felda Tersang

 

FELDA Tersang 3 diberi nama sempena sebuah perkampungan tradisional yang berdekatan iaitu Kampung Tersang yang berasal dari sepohon pokok yang tumbuh ditepi sungai yang menjadi tempat berteduh penduduk kampung. 

 

Latar Belakang Felda Tersang 

 

Felda Tersang 3 merupakan tanah rancangan di dalam kawasan Mukim Batu Talam, Daerah Raub,dan Bandar yang terdekat adalah Bandar Raub dengan jarak 42 km yang merupakan bandar utama bagi penduduk disini. 

Felda Tersang Tersang 3 dengan keluasan keliling 1393.71 hektar dan kawasan Kampung seluas 160.47 hektar terletak dalam Gugusan Felda Tersang. Dengan keadaan tanah berbukit-bukau dan tanah rata. Felda Tersang diterokai bagi tujuan perladangan kelapa sawit, sehingga kini kelapa sawit merupakan komoditi utama untuk penduduk rancangan Felda Tersang dan juga bagi penduduk di sini. Jumlah peneroka seramai 338 orang dengan kepadatan penduduk 2635 orang terdiri dari keluarga peneroka melayu sahaja dan kakitangan Kerajaan yang berkhidmat disini.

Keistimewaan Rancangan Felda Tersang 3:-

1. Terkenal dengan sambal hitam/pahang yang dipasarkan sehingga ke luar dari pahang.
2. Keusahawanan - Terdapat banyak kolam kolam ikan patin yang diusahakan oleh peneroka dan dijual ke luar.
3. Seluruh Tersang 3 dihiasi dengan pokok jasmin yang mana pokok jasmin ini dibonzaikan.
4. Diceriakan dengan pasu batu yang dicat warna merah putih disepanjang bahu jalan diseluruh Tersang 3.
5. Koperasi Tersang 3 Berhad amat aktif. Dibawah koperasi ada terdapat pasar basah dimana hasil EGF peneroka dipasarkan disini. Terdapat kedai baju batik iaitu Norafa batik dan juga ada terdapat kedai makan bajet yang mana terkenal nasi lemak + air dengan harga RM 1 sahaja.

(Sumber: FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)