PENGENALAN
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) adalah badan peneroka yang tertinggi disetiap rancangan. JKKR bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti melibatkan masyarakat rancangan berjalan lancar. JKKR juga akan menjalankan tugas sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Felda. JKKR Felda Tersang 3 ini juga memandang serius penubuhannya dan memastikan penubuhannya memenuhi objektif. Selain membantu aktiviti menyelia keselamatan kampung, JKKR juga antara lain akan mengadakan mensyuarat bulanan yang akan diadakan di Balairaya JKKR. Tujuannya adalah untuk membuat perancangan mengenai perkembangan persekitaran kampung dan aktiviti penduduk bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara penduduk. Selain itu, segala masalah atau aduan yang dihadapi oleh penduduk akan dilaporkan kepada JKKR untuk tindakan susulan.Antara aktiviti yang sering dilaksanakan ialah mesyuart JKKR dan Roll call bersama penduduk Felda Tersang 3 sekali dalam sebulan