USAHAWAN KECIL PENGUKIR INAI
Nama |
: Nazirah Binti Azizan |
Umur |
: 22 tahun |
Ahli |
: 2010 |
Latar belakang
Cik Nazirah usahawan kecil pengukir inai. Menerima tempahan Ukiran Inai untuk majlis perkahwinan, pertunangan, dan lain-lain. Merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tersang, Raub. Memulakan perniagaan Ukiran Inai pada tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Bermula dengan mengisi waktu masa lapang dan suka-suka, anak muda bernama Nazirah telah menjadikan ukiran inai ini sebagai salah satu punca pendapatan beliau. Ditambah pula dengan adanya kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 3 yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau, lebih mudah bagi Nazirah untuk mengembangkan perniagaannya. Bagi nazirah kemudahan internet amat penting di dalam meyampaikan maklumat atau pemberitahuan sesuatu perkara kepada para pelanggan, selain bagi tujuan promosi, berkaitan produk inai dan pakej ukiran beliau. Contohnya melalui applikasi FaceBook, Whatapps & Instagram. Pendapatan purata sekitar RM50–RM100
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Menurut Nazirah selepas mempromosikan produk niaga melalui internet, pelanggannya bertambah ramai dan ada juga yang datang dari kawasan luar. Secara tidak langsung keuntungan beliau semakin bertambah., namun sekarang pendapatan beliau meningkat kepada RM300 – RM500 sebulan.
Usahawan Butik Muslimah
Nama |
: Siti Noraida Binti Norzaha |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Merupakan salah seorang anak jati felda tersang 3 yang berkelulusan lepasan Diploma. Dengan minat yang mendalam berkenaan perniagaan, beliau telah membuka sebuah kedai Butik di kampung halamannya yang terletak di Lot Kedai No 1, Kedai Belia Felda Tersang 3. Kemudian beliau telah membuka kedainya di No 23 Pusat Perniagaan Raub
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapat purata beliau sekitar RM300 – RM500 sebulan. Jumlah produk/pelanggan bulanan adalah 50-100 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melaui Kelas Latihan Keusahawanan yang di bimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3 beliau kini mempunyai Facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk pakaian beliau. Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce.Pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui Facebook dan whatsup disamping menjual di sekitar daerah Raub dan Tersang. Pendapatan beliau kini mencecah RM1000-RM3000.
Kisah Kejayaan Celik IT
Nama |
: Mohammad Iskandar Zulkarnain Bin Rahmat |
Umur |
: 12 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Rahmat berumur 12 tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 3. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Raub Pahang pada 28 November 2005. Beliau merupakan seorang pengunjung tetap yang akan datang ke PI1M setiap kali dibuka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kisah adik Iskandar di Pi1m Felda Tersang 3, dimana pada permulaannya merupakan seorang pelajar yang boleh dikatakan tidak tahu menggunakan kemudahan komputer. Walaupun merupakan seorang pelajar yang ceria dan aktif, adik Iskandar tetap merasakan tidak seronok kerana beliau tidak mahir dalam menggunakan komputer berbanding rakan sebayanya yang ada sesetengahnya sudah mahir menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di PI1M Felda Tersang 3 banyak mempelajari Asas Komputer, mengetahui alat-alat dan fungsi komputer, belajar menaip dan menggunakan internet. Iskandar sering mengikuti setiap kelas yang diadakan selepas selesai sahaja sesi persekolahan. Internet sangat membantu adik Iskandar terutamanya dalam pelajaran. Dengan menggunakan kemudahan teknologi internet dapat membantu beliau menyiapkan kerja sekolah, aktiviti mengulangkaji pelajaran secara online menjadi semakin menyeronokkan.