Nama |
Hari Terbuka Pi1m Dun Batu Talam 2018 |
Tarikh |
14/4/2018 (Sabtu) |
Masa |
7.3.0 am - 2.00 Pm |
Lokasi |
Perkarangan Pi1m Felda Tersang 3 |
Peserta |
360 Orang |
Tujuan
Program hari Terbuka Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutama kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kluster Raub.
Memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada komuniti DUN Batu Talam dan memperkenalkan pertandingan dashboard komuniti yang sedang dijalankan kepada komuniti DUN Batu Talam.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti diadakan sempena program Hari Terbuka seperti senamrobik, pertandingan mewarna, Usahawan Dashboard Komuniti, Teknik penghasilan gambar yang menarik, Demo masakan oleh Chef Bakhor (Puding triffle), Ceramah keusahawanan oleh En.Shahrizal (Rustic Garaj), Muat turun dan log in aplikasi dashboard komuniti menggunakan telefon pintar masing-masing, Memberi taklimat KDB dan taklimat modul advokasi SKMM serta tayangan video mengenai Program Advokasi SKMM, Pameran dari Jabatan Polis, Jabatan Bomba, AADK, TEKUN, Pejabat Kesihatan, Klinik Pergigian dan Perpustakaan Desa Felda Tersang.
Nama |
Karnival Jelajah Sebenarnya.My Daerah Raub |
Tarikh |
3/3/2018 |
Masa |
7.3.0 am - 12.00 Pm |
Lokasi |
Dewan Terbuka Batu Talam & Dewan SMA AL-FALAH |
Peserta |
500 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan portal Sebenarnya.my dan menyampaikan mesej-mesej advokasi bagi mengekang pengaruh kandungan internet terutamanya mengenai isu berita palsu melalui platform serta inisiatif sebenarnya.my
Aktiviti
Pelbagai aktiviti diadakan sempena karnival sehari itu seperti senamrobik, pertandingan sepakan penalti, pertandingan membina permainan brick, cabutan bertuah serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram yang hadir merasmikan karnival itu turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada golongan asnaf.
Pada sebelah malam diadakan Bicara Perdana: Berita Palsu Musuh Negara yang menampilkan penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Harryanto Rizal di dewan Sekolah Menengah Agama Al-Falah.
Nama |
Program mengenali perkakasan Netbook dan software |
Tarikh |
16/1/2018 |
Masa |
3.00 pm - 5.00 Pm |
Lokasi |
Pi1m Felda Tersang 3 |
Peserta |
21 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan Melahirkan pengguna yang celik teknologi, memberi pendidikan kepada pengguna tentang kepentingan penjagaan computer dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah Pendaftaran peserta. Para pelajar juga di bekalkan dengan sebuah Netbook setiap seorang. Petugas mengajar dan menerangkan mengenai perkakasan yang terdapat di Netbook dan menunjukkan sebahagian jenis-jenis software yang boleh digunakan dan yang terdapat di dalam Netbook.
Nama |
Mesyuarat Program Jelajah Sebenarnya.my bersama pihak SKMM Wilayah Timur |
Tarikh |
23/2/2018 |
Masa |
9.00 am - 3.00 Pm |
Lokasi |
Pi1m Felda Krau 1 |
Peserta |
10 orang |
Tujuan
Perbincangan mengenai perjalanan program yang akan dijalankan di Batu Talam sempena program Jelajah sebenarnya.my. Memastikan pembahagian tugas dengan sistematik agar perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna.
Aktiviti
Nama |
: KELAS KEUSAHAWANAN BERSAMA MARY KAY |
Tarikh |
: 9/12/2017 |
Masa |
: 9.30 am-1.00 pm |
Peserta |
: 11 orang |
Tujuan
Menjalankan Program Keusahawanan bersama Beliawanis Felda Tersang 3.
- Memberi pendedahan penjagaan wajah yang betul dan teknik asas solekan.
- Membantu Menjana Ekonomi individu yang Berpotensi bila menceburi bidang ini.
- Membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau di mana sahaja.
- Membentuk Keyakinan Diri individu itu dari masa ke semasa.
- Membantu individu mempunyai Keterampilan serta Keyakinan Diri yang Tinggi.
Aktiviti
- Pengenalan kepada jenis-jenis berus.
- Pengenalan kepada penggunaan skim warna.
- Pengenalan kepada bahan dan peralatan solekan
- Apa yang boleh dan apa yang tidak sewaktu mengaplikasikan solekan.
- Modul pembelajaran TEORI dan PRAKTIKAL yang effektif.